Saya telah menitahkan YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor bagi mengadap esok.
Saya juga akan berhubung dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan temu janji untuk vaksinasi.
Saya juga akan bangkitkan mengenai isu PPV Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
I have decreed for the Johor Menteri Besar YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Johor State Secretary YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani and Johor Health Director YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu to have an audience tomorrow.
I will also be in touch with Health Minister YB Khairy Jamaluddin regarding a report I received on the shortage of vaccines and cancellation of the vaccination appointments.
I will also raise the issue regarding the Educity PPV and vaccination programme for factory workers in tomorrow's meeting.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor